Assalamualaikum.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Tahajjud
Salam Pagi Ahad
Doa Hari Ahad
16 Ogos 2020
25 Zulhijjah 1441

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya اَللّهُ , Ya TUHAN kami, di pagi yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-MU, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah Ya اَللّهُ kepada kami ilmu, iman dan amal.

Kami memohon kepada Mu Ya اَللّهُ, permudahkanlah urusan kami hari ini, muliakan & lapangkanlah kehidupan kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.

Ya اَللّهُ, kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar. Jauhkan kami dari segala musibah.

Ya اَللّهُ, sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami.

Ya اَللّهُ, tutupilah aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang dan tenteramkan kami dari rasa takut.

Ya اَللّهُ, jadikanlah kami orang yang
mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunan kami.

Ya اَللّهُ, perkenankanlah permohonan doa kami.
Terimalah semua amal ibadah kami, dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya الله kami memohon Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. ََ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله Ya Rabbal Alamin

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَjلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Leave a comment